fbpx

Ronaldo yakin United sudah kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (tengah) mengakui dua kemenangan pada aksi domestik memberikan suntikan semangat untuk United berdepan Atletico awal pagi esok. – AFP

MADRID – Dua kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris hadir tepat pada masanya buat Manchester United sebelum menghadapi tugasan lebih getir menentang Atletico Madrid pada pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara di Wanda Metropolitano awal pagi esok.

The Red Devils membuktikan bahawa mereka sudah pun kembali ke prestasi terbaik selepas menang 2-0 ke atas Brighton dan berjaya mengatasi Leeds United 4-2 Ahad lalu.

Kejayaan dalam dua aksi terakhir liga domestik itu menghidupkan semula harapan peminatnya untuk terus menyaksikan pasukan itu memburu gelaran musim ini biarpun ia masih dianggap terlalu sukar.

Malah, bintang sensasinya, Cristiano Ronaldo turut meng­akui sudah mula wujud suasana positif dalam pasukan itu ketika ini, namun mahu rakan sepasukannya melupakan dua kemenangan itu buat seketika bagi mengalihkan tumpuan kepada pertemuan menentang Atletico.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu turut menjelaskan, United sudah pun kembali di landasan tepat untuk memburu lebih ba­nyak kejayaan dan ketika ini seluruh pemain bersedia untuk me­lonjakkan prestasi pasukan.

“Cukup penting untuk meraih kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris sebelum kami mengalihkan fokus kepada aksi Liga Juara-Juara dan berkunjung ke Madrid.

“Kami sudah kembali ke landasan tepat. Kami kekal utuh sebagai United,” katanya.

Sebelum ini, sejak berpindah ke Madrid dari Old Trafford pada 2003, bintang Portugal itu berjaya meraih pelbagai kejuaraan bersama Real Madrid dan memiliki banyak pengalaman beraksi menentang Atletico. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI