fbpx

Perak tangguh semua program kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI MOHAMAD

IPOH – Perak mengumumkan penangguhan semua program kerajaan negeri selepas menerima pandangan dan nasihat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan berkenaan dibuat memandangkan peningkatan kes Covid-19 yang melanda negeri serta negara masa ini.

Menurut Saarani, bagaimana pun program yang melibatkan penyampaian bantuan kecemasan, kes Covid-19 serta program vaksinasi dan dos penggalak akan diteruskan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Saya juga meminta supaya semua rakyat negeri Perak khususnya, mengamalkan SOP serta amalam-amalan kesihatan bagi membendung penularan kes Covid-19,” katanya.

Beliau juga turut menyeru mereka yang belum mendapat suntikan vaksinasi ketiga supaya segera berbuat demikian.

Menurut perkongsian di laman sesawang CovidNow, Perak mencatatkan 1,025 kes aktif Covid-19 semalam dengan dua kematian serta satu kluster baharu Jalan Parit Tanjung Belanja diumumkan melibatkan 13 orang positif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI