fbpx

Napoli terlepas peluang terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSIMHEN menyelamatkan maruah Napoli apabila meledak gol penyamaan ketika mereka terikat 1-1 menentang Cagliari. – AFP

SARDINIA, Itali – Napoli muncul pasukan terbaharu mensia-siakan kelebihan untuk me­rampas takhta pendahulu Serie A selepas diikat Cagliari 1-1 di Sardegna Arena awal pagi semalam.

Kelmarin, juara bertahan, Inter Milan juga gagal berbuat demikian apabila tewas 0-2 kepada Sassuolo di San Siro sekali gus kempunan untuk memintas AC Milan yang berkelebihan dua mata di tangga teratas.

Ketua Jurulatih Napoli, Luciano Spalletti merasakan anak-anak buahnya tidak berhak untuk meraih kemenangan selepas gagal bersaing dengan Cagliari dalam banyak situasi.

“Ini salah satu perlawanan yang sukar. Mungkin kami tidak berhak membawa pulang satu mata atau Cagliari sebenarnya patut meraih lebih daripada ini.

“Kami gagal menguasai perlawanan dan tidak mampu memberikan lebih lagi, jadi saya anggap keputusan ini adalah adil buat kedua-dua pasukan,” kata Spalletti.

Sementara itu, pengendali Cagliari, Walter Mazzarri berpuas hati dengan prestasi ditampilkan barisan pemainnya yang kini dalam usaha untuk menjarakkan diri daripada kelompok tiga terbawah Serie A.

“Semuanya sudah bagus, malangnya kami tidak menang dalam perlawanan ini. Saya percaya tiga mata mampu juga diraih nanti jika kami kekalkan aksi se­perti ini,” jelasnya.

Dalam aksi itu, Cagliari yang lebih banyak melakukan percubaan, berjaya membuka tirai jaringan melalui Gaston Pereiro pada minit ke-58.

Napoli bernasib baik untuk meraih satu mata dalam perlawanan itu apabila Victor Osim­hen meledak gol penyamaan pada minit ke-87. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI