fbpx

MOU PDI akan dimuktamadkan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan pemeteraian Memorandum Persefahaman Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (MOU PDI) ditandatangani segera pada tarikh dan masa yang dipersetujui bersama Malaysia dan Indonesia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, keputusan dibuat selepas MoU PDI dibentang secara rasmi kepada Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini.

“Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya MoU PDI ini ditandatangani oleh saya dengan rakan sejawat saya, Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia, Ida Fauziyah.

“Saya yakin bahawa pemeteraian MoU PDI ini akan memberikan manfaat kepada kedua negara khususnya golongan PDI yang memerlukan pekerjaan dalam situasi ekonomi global yang masih berhadapan dengan krisis Covid-19 serta majikan tempatan yang memerlukan khidmat pembantu rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan perjanjian bekalan tenaga buruh dari Indonesia bakal dipercepatkan bagi menampung keperluan industri pembinaan negara.

Katanya, perbincangan mengenai usaha untuk membawa masuk tenaga buruh dari Indonesia dan Myanmar sebelum ini dibuat bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Malah, MoU dengan Myanmar sudah ditandatangani manakala MOU dengan Indonesia patut pada Februari, tetapi hasil perbincangan dengan KDN dan KSM, Malaysia nak mempercepatkan kerana industri pembinaan negara terjejas ekoran kekurangan tenaga buruh asing.

“Justeru, dua kementerian ini akan pergi ke Indonesia untuk memuktamadkan MOU bagi memastikan segenap projek membabitkan sektor pembinaan di Malaysia berupaya kembali rancak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI