fbpx

Misteri ribuan ikan terdampar di pantai Chile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan keadaan pantai yang terjejas akibat beribu-ribu spesies ikan bilis dan sardin yang terdampar. – Getty

SANTIAGO – Beribu-ribu ekor ikan bilis dan sardin yang mati terdampar menimbulkan misteri di sebuah pantai di Afrika Selatan, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Ikan-ikan itu telah menutupi pasir pantai Coliumo berhampiran bandar Concepcion di wilayah Biobio, Chile.

Pegawai-pegawai alam sekitar kini menyiasat berkenaan penyebab kepada fenomena yang jarang berlaku itu, demikian laporan media tempatan pada Sabtu lalu.

Mereka difahamkan sedang meneliti kualiti air di rantau terbabit.

Gambar-gambar menunjukkan pantai tersebut bertukar menjadi warna perak dengan oleh sejumlah besar ikan yang mati di pinggir pantai. Operasi pembersihan untuk mengalihkan haiwan mati berkenaan sedang dijalankan.

Ia dilaporkan bukan kali pertama sekumpulan ikan-ikan  mati ditemui hanyut di pantai bahagian Chile tersebut. 

Insiden serupa yang dilaporkan tahun lalu dikatakan berpunca daripada jumlah oksigen yang rendah di dalam akhir sehingga mendorong spesies berkenaan ke arah pantai. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI