fbpx

Pemain raih pengalaman berharga juarai BATC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOONG HANN (duduk depan, dua dari kiri) meraikan kejayaan bersama skuad badminton lelaki Malaysia yang muncul juara pada BATC 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam kelmarin. – SHIDDIEQIIN ZON

PENGARAH Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann percaya pasukan negara sudah menimba pengalaman berharga selepas menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 dalam kategori lelaki kelmarin.

Turun dengan status sebagai pasukan pilihan tanpa kehadiran pemain-pemain utama dunia nyata memberi peluang kepada barisan pemain negara untuk merasai pengalaman berdepan tekanan tinggi.

Saingan BATC yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam itu menyaksikan Malaysia menjadi tumpuan utama apabila membariskan pasukan terkuat yang diketuai perseorangan lelaki No.7 dunia, Lee Zii Jia.

Situasi itu nyata berbeza dengan pasukan-pasukan lain seperti Indonesia, Jepun serta India yang tidak menurunkan pemain-pemain utama mereka dan hanya mempertaruhkan skuad kedua.

“Saya percaya sebelum ini kita tidak pernah rasa perasaan dicabar. Bagaimanapun, kali ini Malaysia turun dengan pasukan terkuat, jadi pemain dapat rasa apabila diberi tekanan oleh pasukan lain.

“Bagi saya, ini adalah pengalaman berharga kepada pemain-pemain kita. Walaupun pasukan lawan hanya hantar skuad kedua tetapi mereka tetap menampilkan aksi terbaik dan kita hormati kemampuan mereka,” kata Choong Hann.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan ada sedikit perubahan dalam skuad badminton lelaki yang akan menggalas cabaran Malaysia pada Piala Thomas di Bangkok, Thailand Mei depan.

Sudah pasti saingan di Bangkok nanti akan lebih jauh berbeza berbanding BATC 2022 memandangkan setiap pasukan sedia membariskan pemain-­pemain terbaik mereka pada kejohanan tersebut.

“Belum sampai masa untuk kita cakap mengenai barisan pemain ke Piala Thomas nanti. Bagaimanapun, kita sudah ada satu pasukan baik, namun ia akan dinilai semula selepas kejohanan di Eropah nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI