PELAKON dan juga model terkenal Luna Maya mengakui secara tidak sengaja telah diperkenalkan dengan apa yang dikatakan sebagai kondom sejak kecil selepas meniup alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual kerana menyangkakan objek tersebut sebagai belon.
Ketika ditemu bual dalam program TS Talks baru-baru ini, pelakon filem Janda Kembang itu menjelaskan, dia terjumpa kondom milik bapanya yang disangkakan belon, lantas meniup untuk dijadikan mainan.
“Saya terjumpa kondom milik bapa saya yang disangkakan belon lalu meniupnya. Tapi rasanya aneh sehingga membuatkan bibir saya terasa kebas,” ujarnya.
Kata pelakon berusia 38 tahun itu, dia akhirnya mengetahui bahawa sarung getah yang ditiupnya itu rupa-rupanya kondom tidak berapa lama kemudian.
“Jadi, sejak kecil saya sudah memegang dan merasai kondom,” katanya ketawa.