fbpx

Lelaki ditemui mati dibunuh, suspek utama berjaya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis berjaya menahan seorang dipercayai terbabit kes bunuh di Jalan Kionsom Lama, Inanam malam tadi. - FOTO: IHSAN POLIS

KOTA KINABALU – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah kawasan semak di Jalan Kionsom Lama, Inanam malam tadi.

Dalam kejadiaan kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa berusia 25 tahun terbabit ditemui isteri dan ahli keluarganya yang keluar mencari sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi untuk siasatan lanjut sejurus menerima laporan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dikatakan dihantar bapanya ke lokasi kejadian untuk bertemu dengan seorang pemilik bengkel pada kira-kira pukul 1 petang.

“Mangsa dikatakan sempat menghantar lokasi menerusi aplikasi WhatsApp kepada bapanya namun usaha mencari mangsa selepas itu gagal menemuinya,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi menyatakan hasil pemeriksaan awal yang dijalankan Unit Kecemasan Hospital Likas mengesahkan mangsa dipercayai mati dalam tempoh lebih enam jam dengan terdapat kesan jerutan di leher.

Menurutnya, mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tujuan bedah siasat selepas mendapatkan keputusan ujian saringan Covid-19.

Sementara itu, Mohd Zaidi memaklumkan suspek utama kes itu sudah berjaya ditahan di rumah sewanya di Kampung Bambangan, Inanam kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Beliau menyatakan suspek yang bekerja sebagai tukang cat kenderaan turut ditahan bersama telefon pintar milik mangsa.

“Suspek ketika ditahan turut mengaku terlibat dalam kes kematian membabitkan mangsa berusia 25 tahun berkenaan.

“Berdasarkan pengakuan dan barangan yang dirampas, polis percaya kes ini sudah selesai sepenuhnya. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan sebelum pendakwaan terhadap suspek dijalankan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI