fbpx

Kira ‘duit salam’ depan tetamu majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika penyambut tetamu dirakam mencatat jumlah ‘duit salam’ yang diberikan oleh tetamu jemputan. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi di sebuah majlis perkahwinan ketika penyambut tetamu mencatat jumlah ‘duit salam’ yang diberikan oleh tetamu jemputan, lapor portal berita Wolipop. 

Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok bernama @marya._99 itu dirakam seorang tetamu majlis perkahwinan berhampiran meja penyambut tetamu berkenaan.

“Di kawasan anda, adakah jemputan juga begini? #lain tempat, berbeza budaya,’’ demikian kapsyen pada video tersebut.

Wanita yang merakamkan klip video berkenaan terkejut setelah melihat penyambut tetamu itu segera membuka ‘duit salam’ yang diterima untuk melihat jumlah wang diberikan.

Penyambut tetamu berkenaan seterusnya mencampak samput surat tersebut ke dalam kotak air mineral terpakai.

Video tersebut mendapat lebih tiga juta tontonan dengan pelbagai komen netizen.

“Ya memang ada tradisi begitu, tetapi lebih baik membuka dan merekodnya kemudian selepas majlis selesai,’’ tulis seorang netizen.

“Kawasan berbeza, kaedah berbeza. Jangan risau kak, kawasan saya juga banyak. Tiada siapa mengalami masalah dengannya,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI