fbpx

Kes Raja Bomoh ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim Mat Zin hadir di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. Perak, hari ini.

IPOH – Mahkamah Rendah Syariah Ipoh hari ini menangguhkan prosiding kes Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh yang disiasat atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam selepas tular rakaman video beliau melakukan ritual menolak musibah bencana banjir.

Hakim Syarie Azman Saad membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie, Suhaili Ishak untuk melengkapkan siasatan sebelum mengemukakan kertas pertuduhan.

Menurut Azman, beliau sebenarnya berhasrat tidak memanjangkan tempoh siasatan kes.

“Saya membenarkan penangguhan dua bulan dan ini adalah tangguhan terakhir. Dilepaskan tidak bermaksud tidak didakwa tetapi kerana siasatan tidak lengkap.

“Cuma prosiding mahkamah, ini tangguhan terakhir tidak boleh lama-lama,” katanya.

Azman kemudian menetapkan kes Ibrahim, 71, bersama seorang wanita, Suliaha Abdul Hamid, 62, yang dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ disebut semula pada 25 April ini.

Beliau turut membenarkan permohonan Suliaha untuk menukar penjamin baharu ekoran penjamin sebelum ini dijangkiti Covid-19 selain sukar untuk hadir ke mahkamah.

Pada prosiding kes sebelum ini, Hakim Syarie Mohammad Najib Ab. Razak membenarkan Ibrahim dan Suliaha masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI