fbpx

Jantina Sajat sama seperti kad pengenalan – Ahmad Marzuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan jantina Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai ‘Sajat’ adalah kekal seperti yang termaktub dalam kad pengenalannya.

“Jantina dia (Sajat) adalah sebagaimana dalam IC (kad pengenalan) di negara kita dan itu yang kita guna pakai.

“(Kad pengenalan) adalah dokumen yang sah di negara ini untuk menentukan jantina dia (Sajat) dan sama ada dia ingin pilih negara atau alam mana untuk tentukan jantina, perkara itu kita tidak campur,” katanya kepada media selepas melancarkan buku Manual Komuniti Hijrah (Lesbian dan Gay) di sini hari ini .

Semalam, media tempatan melaporkan Sajat melalui perkongsian secara langsung di Instagram miliknya telah memaklumkan yang dirinya telah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Sajat sebelum ini diburu pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada Jun tahun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.

Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan pengharaman buku Gay is OK! A Christian Perspective semalam, Ahmad Marzuk berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat mengemukakan rayuan mengenai perkara itu ke peringkat lebih tinggi.

“Sekiranya KDN ingin merayu ke mahkamah lebih tinggi, kita sokong supaya ia tidak menjadi perkara yang menggusarkan orang Islam.

“Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan buku tersebut tidak sepaturnya menjadi satu agenda untuk dinormalisasikan di negara kita. Ia tidak sesuai di Malaysia dan seluruh dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI