fbpx

Hujan lebat berterusan di Pahang, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penduduk di Pahang dan Johor diingatkan sentiasa berwaspada khususnya yang berada di kawasan rendah ekoran amaran hujan lebat berterusan peringkat waspada yang dikeluarkan.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya di Facebook berkata, amaran tersebut berkuat kuasa bermula esok sehingga 25 Februari 2022.

“Ia melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

“Selain itu, cuaca buruk tersebut bakal tertumpu di Mersing, Johor,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia turut menjangkakan keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal berlaku di Sabah sehingga pukul 9 pagi hari ini.

Jelasnya, kawasan yang terlibat adalah Sandakan (Beluran) serta Kudat (Pitas dan Kudat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI