fbpx

Enam premis penjaja tiada lesen disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak DBKL membuat tindakan sita terhadap peniaga warga asing.

PETALING JAYA – Sebanyak enam tindakan sita telah dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah kesalahan UUK 3(1) undang-undang kecil pelesenan penjaja 2016 terhadap penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa lesen perniagaan yang sah.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat pemantauan dan tindakan berterusan terhadap penjaja warga asing pada 22 Februari 2022 dan 23 Februari 2022.

DBKL melaksanakn pemantauan dan tindakan penguatkuasaan 24 jam setiap hari terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur, Pusat Bandar Utara dan Taman Wilayah serta Pasar Pudu dan sekitar kawasan Parlimen Cheras.

“Tindakan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekang lambakan penjaja warga asing penjaja tanpa lesen di kawasan tersebut,” kenyataan di dalam laman Facebook.

Pihak DBKL turut menasihatkan orang ramai sekiranya ternampak perniaga warga asing boleh menyalurkan aduan kepada DBKL secara atas talian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI