fbpx

Balu Allahyarham Harussani meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR dari album keluarga Allahyarham Harussani dan isterinya, Puan Sri Ainon Abdul Ghani yang meninggal dunia di Ipoh hari ini.

IPOH – Balu Allahyarham bekas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Puan Sri Ainon Abdul Ghani, 82, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Berita itu disahkan anak Harussani, Datuk Ahmad Wafi.

Menurut beliau, ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang tadi semasa dibawa ke hospital berkenaan kerana demam.

“Ibu meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat di sini pagi esok,” katanya.

Allahyarham Harussani meninggal dunia pada 30 Mei tahun lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana positif Covid-19.

Allahyarham Harussani meninggal dunia pada usia 82 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI