fbpx

Bagnaia kekal bersama Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA akan kekal bersama Ducati sehingga penghujung musim 2024 selepas menandatangani kontrak baharu selama dua tahun. – AFP

PORTIMAO, Portugal – Pelumba sensasi Itali yang juga naib juara Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) musim lalu, Francesco Bagnaia telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun untuk kekal membantu pasukan Ducati sehingga penghujung musim 2024.

Sebagai rekod, Bagnaia telah dinaikkan pangkat pada tahun lalu untuk menyertai pasukan utama Ducati selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan ketika mewakili pasukan Pramac Racing selama dua musim sejak 2019.

Kata Bagnaia, keputusan untuk menandatangani kontrak baharu cukup mudah untuk dilakukan dan kini sasaran peri­badinya adalah untuk membalas kepercayaan yang diberikan dengan mempamerkan prestasi konsisten pada kempen MotoGP musim ini.

“Bergelar pelumba utama pa­sukan Ducati adalah satu pencapaian yang menakjubkan dalam karier saya dan selepas setahun bersama pasukan ini, saya akui ini adalah pasukan yang tepat untuk membawa karier saya ke tahap yang lebih tinggi.

“Apa yang pasti, penghargaan diberikan kepada semua pihak yang berada di belakang Ducati tidak kira daripada mekanik, jurutera hingga pegawai atasan kerana semua memainkan pera­nan masing-masing dengan cemerlang.

“Fokus kini adalah untuk tampil lebih konsisten musim ini,” kata pelumba berusia 25 tahun itu.

Sementara itu, pengurus pasukan Ducati, Gigi Dall’Igna mengakui teruja apabila dapat mengikat khidmat Bagnaia untuk tempoh dua tahun lagi selepas menunjukkan peningkatan mendadak musim lalu.

“Tiada siapa boleh menafikan Bagnaia adalah pelumba yang memiliki potensi besar untuk bergelar juara dunia pada masa akan datang dan saya gembira dia memilih untuk kekal bersama pasukan hingga musim 2024 bagi terus memburu kejuaraan dunia,” katanya.

Kali terakhir pelumba Ducati meraih gelaran juara dunia adalah menerusi Casey Stoner pada musim 2007. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI