fbpx

ATM komited kukuhkan hubungan diplomasi pertahanan Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang ketika kunjungan hormat kepada pucuk pimpinan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dan Angkatan Tentera Lubnan.

KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang komited memperkasakan hubungan diplomasi pertahanan serta antarabangsa melalui lawatan misi pengaman di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

ATM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kunjungan hormat itu diadakan kepada pucuk pimpinan UNIFIL, Angkatan Tentera Lubnan dan juga pertemuan dengan Duta Besar Malaysia di sana.

“Affendi disambut dengan penghormatan ketenteraan ketika membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Misi UNIFIL, Jack Christofides yang turut disertai Timbalan Komander UNIFIL, Brigadier Jeneral Irvine Nii-Ayitey Aryeetey di Markas UNIFIL, Naqoura.

“Pertemuan Affendi dengan kedua-dua pucuk pimpinan UNIFIL berkenaan adalah agenda utama dalam menyatakan komitmen Malaysia dan ATM khususnya dalam misi pengaman terbabit,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ini mampu memperkukuhkan keyakinan antarabangsa sejak negara mula menghantar anggota ATM ke Lubnan bermula tahun 2007 yang kemudiannya turut disertai beberapa pegawai serta anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada tahun 2008.

Jelasnya, susulan itu ATM terus diberi kepercayaan untuk kekal terlibat dalam misi pengaman di negara terbabit menyerlahkan kemampuan anggota ATM dan membuktikan kredibiliti, kewibawaan serta kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

“Dalam usaha memperkasakan kerjasama pertahanan antara angkatan tentera kedua-dua buah negara, Affendi turut mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Angkatan Tentera Lubnan, Jeneral Joseph Khalil Aoun di Kementerian Pertahanan Lubnan di Beirut.

“Pemerkasaan kerjasama pertahanan ini amat penting bagi meningkatkan kesefahaman dan menyatakan komitmen angkatan tentera antara dua negara tambahan ATM melalui kontinjen MALBATT mengawalselia kawasan seluas 288 kilometer (km) di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat, UNIFIL,” katanya.

Tambah kenyataan itu, keyakinan Lubnan terhadap ATM suatu pengiktirafan menyaksikan kontinjen MALBATT komited melaksanakan pelbagai aktiviti operasi secara berkala bersama Angkatan Tentera Lubnan di bawah pengoperasian Independent and Coordinated Activity With Lebanese Armed Forces (COAWL). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI