fbpx

Alpine yakin mampu cabar kejuaraan F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALPINE muncul pasukan kelima terbaik musim lalu selepas mengumpul sebanyak 155 mata. – TWITTER ALPINE

LONDON – Ketua Pegawai Eksekutif Alpine, Laurent Rossi optimis pasukan itu tidak akan ketinggalan lagi pada kempen Formula Satu (F1) musim ini selain berpotensi untuk mencabar kejuaraan dunia pada masa akan datang.

Sebagai rekod, pasukan Alpine yang diwakili Fernando Alonso dan Esteban Ocon telah mencipta keputusan positif pada kempen F1 musim lalu apabila mengutip 155 mata sekali gus menduduki tangga kelima keseluruhan bagi kategori pengeluar.

Rossi berkata, apa yang dipamerkan oleh Alpine sejak dijenamakan semula daripada pasukan Renault tahun lalu cukup memberangsangkan dan bukanlah sesuatu yang mengejutkan andai sasaran diletakkan lebih tinggi pada musim ini.

“Saya percaya pasukan kami berada di landasan yang tepat dalam usaha bergelar juara du­nia pada masa akan datang. Secara jujur, musim 2022 masih terlalu awal tetapi saya berharap pasukan dapat tampil lebih konsisten kali ini.

“Jika ia berjaya dicapai, saya percaya di bawah pengurusan yang diketuai oleh pengurus berpengalaman, Otmar Szafnauer, kita boleh melangkah lebih jauh pada saingan tahun depan,” kata Rossi pada majlis perkenalan jentera Alpine musim 2022 awal pagi semalam.

Sementara itu, Ocon yang berjaya menjuarai Grand Prix (GP) Hungary tahun lalu mengakui semua pihak sudah bersedia seratus peratus dan tidak sabar untuk memulakan kempen musim baharu F1 yang bakal membuka tirai rasmi pada 20 Mac depan.

“Ini adalah tahun ketiga saya bersama pasukan ini sejak 2020 dan sudah tentu saya melihat potensi besar pada jentera baharu ini sekali gus optimis kita mampu memberikan saingan sengit untuk kempen kali ini,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI