fbpx

Ahmad Zahid pun ada jumpa saya untuk berbaik-baik – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir.

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga pernah datang menemuinya untuk ‘berbaik-baik’.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah air (Pejuang) itu berkata, Ahmad Zahid hadir menemuinya bersama-sama beberapa orang lagi sebelum beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh.

“Ahmad Zahid datang bertemu saya untuk berbaik-baik memandangkan ketika itu kemungkinan saya akan dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan wartawan sama ada Ahmad Zahid pernah menemuinya untuk membincangkan mengenai kes tuduhan mahkamah yang dihadapi.

Mahathir juga mendedahkan, Ahmad Zahid juga dilihat cuba menghapuskan kes tuduhan di mahkamah ketika Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa iaitu ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Saya dengar bahawa dia (Ahmad Zahid) cuba nak hapuskan tindakan terhadapnya melalui mahkamah. Beliau juga mahu siasatan terhadapnya dihentikan dan itu benar.

“Tetapi saya tahu, masalah Ahmad Zahid ini ada kemungkinan beliau akan dimasukkan ke dalam penjara disebabkan kesalahan yang dilakukannya,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Aspirasi Pejuang Johor, di sini hari ini.

Sebelum ini, Muhyiddin mendedahkan Ahmad Zahid ada ke rumahnya dengan membawa satu beg berisi dokumen kes mahkamah dan berbincang mengenai kes mahkamah yang dihadapi.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan perkara itu malah, sanggup dan bersedia melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan Muhyiddin itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI