fbpx

500 berus gigi jenama tiruan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP Pulau Pinang memeriksa pisau pencukur dipercayai menggunakan cap dagangan palsu dalam serbuan di Butterworth semalam.

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas sejumlah berus gigi, pisau pencukur dan pemetika api disyaki berjenama tiruan selepas melakukan dua serbuan di negeri ini semalam.

Operasi bermula kira-kira pukul 11.30 pagi itu membabitkan pasukan penguat kuasa KPDNHEP dan wakil pemilik cap dagang berkenaan di sebuah kedai runcit di Jalan Sungai Ujong di sini dan premis pemborong di Taman Seri Murni, Butterworth di Seberang Perai dekat sini.

Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, serbuan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada wakil pemilik cap dagang berkenaan.

“Kita menyita 2,765 unit pemetik api, pisau cukur (552) dan berus gigi (500) yang menggunakan cap dagangan berdaftar disyaki palsu di kedua-dua premis itu bagi siasatan lanjut.

“Jumlah sitaan tersebut dianggarkan bernilai RM4,087.50,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Ridzuan berkata, kes itu disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI