fbpx

14,176,241 dos penggalak telah diberikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 14,176,241 dos penggalak telah diberikan kepada individu dewasa yang layak meliputi 60.3 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia menerusi Program Imunisasi Covid-19 Dos Penggalak (PICK-B), berdasarkan data sejak 1 Oktober sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius Covid-19.

“Oleh itu Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru semua individu dewasa berkelayakan, namun belum menerima vaksin dos penggalak untuk segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) terdekat secara walk-in.

“Semak PPV di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke slot janji temu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kumpulan individu yang tidak divaksinasi adalah paling berisiko untuk dijangkiti Covid-19 yang serius terutama pada kategori empat dan lima selain paling berisiko untuk mati akibat jangkitan tersebut.

Katanya, kumpulan individu yang telah menerima vaksin Covid-19 dos penggalak adalah paling terlindung iaitu dapat dilihat jumlah kes lebih rendah dijangkiti Covid-19 serius pada kategori tiga, empat dan lima.

Dr. Noor Hisham menambah, kematian akibat Covid-19 dalam kalangan penerima dos penggalak lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi dan kumpulan lengkap divaksin tetapi tidak lengkap dos penggalak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI