fbpx

Zaira Wasim bantah larangan berhijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAIRA WASIM

PELAKON Zaira Wasim menempelak keputusan pihak berkuasa di Karnataka, India yang melarang pelajar sekolah beragama Islam daripada memakai hijab.

Sebagai pelakon beragama Islam, dia amat marah dengan tindakan pemerintah di Karnataka apabila melarang pelajar perempuan Islam daripada memakai tudung.

“Saya sebagai seorang wanita Muslim yang tahu hukum tentang pemakaian hijab berasakan larangan tersebut sebagai satu bentuk penindasan agama.

“Segala bentuk kekejaman dan diskriminasi perlu dihentikan segera,” ujarnya.

Kata pelakon filem Dangal itu, wanita Islam di India sepatutnya diberikan hak kebebasan yang sama rata untuk memakai hijab mengikut kepercayaan agama.

“Mereka (wanita Muslim) dilayan tidak adil. Sepatutnya mereka juga berhak diberikan kebebasan,” katanya.

Bermula 1 Januari lalu, pemerintah di negeri Karnataka telah menetapkan larangan untuk pelajar sekolah beragama Islam daripada memakai hijab ketika hadir ke sekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI