fbpx

Wolverhampton mula intai pentas Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PODENCE meledak gol kemenangan Wolves ketika mereka menewaskan Leicester awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Peluang Wolverhampton untuk ke pentas Ero­pah musim depan makin cerah selepas berjaya menafikan kebangkitan Leicester City sebelum mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 2-1 di Stadium Molineux, awal pagi semalam.

Wolverhampton yang beraksi di depan penyokong sendiri bermula cemerlang apabila mendahului perlawanan menerusi Ruben Neves seawal minit ke-9, namun Ademola Lookman kembali menyamakan kedudukan se­belum Daniel Podence muncul wira menjaringkan gol kemena­ngan tuan rumah.

Di sebalik kemenangan kelima dalam enam perlawanan terakhir yang dicatatkan Wolves, pengurusnya, Bruno Lage tetap merasakan masih ada ruang untuk pasukannya memperbaiki kelemahan.

“Kami berjaya memperoleh tiga mata dan menjaringkan dua gol.

“Saya merasakan kejayaan ini cukup baik, namun ia bukan pres­tasi terbaik pasukan.

“Pasukan saya berjaya me­langkah satu langkah ke depan dan para pemain menjadikan Wolves sebagai pasukan yang lebih besar ketika menentang lawan seperti ini,” kata Lage.

Ia menghadiahkan ma­ta ke 40 Wolverhampton da­lam 24 perlawanan, manakala Leicester City terus kemarau kemenangan dalam lima perlawanan terakhir liga dan menghuni tangga ke 11 Liga Perdana Ing­geris.

Wolverhampton kini dipisahkan dua mata berbanding West Ham United di tangga kelima dan dibezakan enam mata dengan Manchester United di tempat keempat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI