fbpx

Wanita tolak godaan rakan disimbah larutan asid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK ditahan selepas dikesan melarikan diri menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV). - Newsflash

ISTANBUL – Seorang lelaki Turki didakwa menyiram rakan perempuannya yang sedang tidur dengan larutan asid kerana menolak godaan romantiknya sehingga menyebabkan mangsa buta dan melecur teruk, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Mehmet Yildiz, 30, menyerang Yasemin Uzuncelebi, 42, pada 5 Oktober tahun lalu yang sedang tidur di rumahnya di daerah Avcilar, Istanbul sehingga mangsa terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sebelum kejadian, Yildiz merancang untuk menutup injap air rumah dan mengosongkan air daripada jag dan ruang penyimpan lain supaya mangsa tidak dapat membasuh muka daripada larutan tersebut, demikian pendengaran kes oleh Mahkamah Tuki semalam.

Suspek memasuki rumah Uzuncelebi sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) menggunakan kunci yang diberikan kepadanya lalu menyimbah larutan campuran beberapa jenis cecair pada mangsa yang tidur.

Mereka pernah berkawan sebelum kejadian berlaku tetapi hubungan menjadi keruh selepas mangsa menolak cinta Yildiz.

Peguam Uzencelebi berkata, doktor menyifatkan kecederaan anak guamnya sebagai antara yang paling teruk pernah mereka lihat dan lima bulan kemudian, mangsa masih menggunakan alat bantuan hayat.

Pejabat Ketua Pendakwa Raya pinggir bandar Kucukcekmece menggesa mahkamah supaya menjatuhkan hukuman antara 13 hingga 20 tahun ke atas tertuduh atas pertuduhan cubaan membunuh dengan prejudis berhubung serangan terbabit.

Perbicaraan akan diteruskan terhadap kes tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI