fbpx

Wanita dikepung ahli kumpulan wang kutu kerana tunggakan RM58,275.33

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA bernama YY dikatakan tidak membayar wang kutu setelah menyertai kumpulan terbabit secara dalam talian. – Instagram

JAKARTA – Seorang wanita bernama YY yang berusia 35 tahun dikepung oleh sekumpulan wanita di pusat kecergasan miliknya kerana mempunyai masalah berkenaan aktiviti wang kutu, lapor laman berita Suara.com. 

Wanita yang merupakan seorang penduduk dari daerah Jember, Jawa Timur itu dikatakan mempunyai tunggakan wang kutu online bernilai 200 juta rupiah (RM58,275.33).

Kumpulan wanita berkenaan bertindak mengepung pusat kecergasan di daerah Jenggawah itu supaya YY segera melangsaikan tunggakan tersebut.

Perbuatan mereka mendapat tumpuan di media sosial Indonesia selepas ia dimuat naik oleh akaun Instagram bernama @media.jember. 

Menerusi muat naik tersebut, YY dikatakan tidak pernah membayar setelah menerima duit kutu. 

“Dia sertai kumpulan duit kutu dan dapat wang, tetapi tidak pernah membayar,’’ kata salah seorang ahli kumpulan tersebut, seperti dipetik oleh akaun @media.jember.

Setelah tindakan mereka tidak diendahkan, kumpulan wanita terbabit mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah Jenggawah untuk melaporkan perkara tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI