fbpx

TNB pesta gol belasah skuad pembangunan 17-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIRHAN (kiri) antara penjaring gol buat TNB menewaskan skuad pembangunan 17-0 pada aksi MHL di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. - FB HOKITA

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) bangkit melepaskan geram mereka apabila membelasah skuad pembangunan negara 17-0 pada aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Kemenangan besar itu sedikit sebanyak dapat mengubati kekecewaan TNB yang sebelum ini ‘berputih mata’ untuk menjulang Piala Sumbangsih selepas tewas 2-3 kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) minggu lalu.

Menariknya, pasukan kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin itu meledak 16 gol padang dan hanya satu daripada sembilan pukulan sudut penalti berjaya diterjemahkan kepada jaringan dalam aksi tersebut.

Penyerang kebangsaan, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal memperagakan permainan terbaiknya apabila merakam empat gol buat TNB pada minit ke-36, 41, 51 dan 54.

Selain Azrai, Muhammad Najib Abu Hassan juga berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memahat nama selaku peledak hatrik dengan tiga gol bermula minit keenam, 26 dan 28.

Norsyafiq Sumantri dan Muhammad Firhan Ashari pula masing-masing berjaya meledak dua gol buat TNB.

Baki enam lagi jaringan TNB pada aksi di Stadium Hoki Nasional itu dijaringkan oleh Muhamad Aminudin Mohd. Zain, Azril Misron, Muhammad Hafizhuddin Zaidi, Nik Muhamad Aiman Nik Rozemi, Faiz Helmi Jali dan Muhammad Shahril Saabah.

Pesta gol itu pastinya meningkatkan motivasi para pemain TNB sebelum bertemu pendahulu MHL, Maybank yang masih belum tewas daripada tiga perlawanan setakat ini termasuk seri 2-2 dengan THT dalam satu lagi aksi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI