fbpx

Tiga pencuri pam air diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Tiga pencuri sebuah pam air kilang memproses minyak hitam diberkas dalam dua serbuan berasingan di daerah ini, semalam.

Ketiga-tiga suspek termasuk dua warga asing berusia 30 hingga 42 tahun ditangkap pukul 7 malam di Bandar Botanik dan Jalan Sungai Jati.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian itu disedari pengurus kilang berkenaan selepas hadir ke premis yang terletak di Bandar Putera kira-kira pukul 8.30 pagi, Sabtu lalu.

Katanya, semasa kejadian itu didapati pintu hadapan kilang tersebut dalam keadaan terbuka dan pekerjanya berada di tingkat dua kilang itu untuk sarapan.

“Hasil rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku pukul 8.01 pagi dengan sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah dinaiki seorang lelaki telah berhenti di hadapan pintu kilang itu.

“Seorang suspek telah masuk ke dalam kilang dan telah membawa keluar pam air jenama Husky dianggarkan bernilai RM3,000 dari kilang itu dan memasukkannya ke dalam bonet kereta tersebut sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, siasatan mendapati kilang itu tidak mempunyai pengawal keselamatan semasa kejadian.

Tambah Hoong Fong, bertindak hasil maklumat polis kemudiannya menahan tiga suspek dengan dua daripadanya masing- masing adalah warga Bangladesh dan India.

“Kita turut merampas beberapa komponen mesin pam yang telah dileraikan tertera tulisan Husky1590 dan Proton Saga digunakan suspek semasa kejadian.

“Berdasarkan siasatan mendapati ketiga-tiga suspek telah aktif dalam jenayah curi lebih kurang lima tahun dan mereka mengakui terlibat dalam kes berhubung kecurian pam air tersebut,” katanya.

Jelasnya, ketiga-tiga suspek kini direman sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI