fbpx

‘Tapak sekolah kami asalnya tapak kubur askar Jepun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kubur yang berada di dalam kawasan sekolah

PETALING JAYA – Tindakan seorang pelajar sekolah menengah menunjukkan sebuah kubur yang berada di dalam kawasan sekolahnya menarik perhatian orang ramai untuk berkongsi pengalaman di sekolah masing-masing.

Berdasarkan perkongsian video berdurasi 11 saat itu di aplikasi Tiktok, @dmiadarwisyah, menunjukkan papan tanda adab menziarahi kubur dan sebuah kubur yang berada di dalam kawasan sekolahnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai mengambil peluang berkongsi reaksi termasuk mendakwa sekolah mereka dahulunya merupakan tapak perkuburan askra Jepun.

“Sekolah saya dahulu pun tempat tapak perkuburan askar Jepun,” kata @awangamirsyafiq.

“Rupa-rupanya semua padang di sekolah dalam Malaysia ni kebanyakkan kubur tentera jepun,” ujar @ainiimj.

“Biik musik sekolah saya dahulu pun tempat askar jepun berkumpul,” jelas @chae.lovery.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 1.8 juta tontonan dan lebih 167,100 ribu tanda suka di aplikasi Tiktok. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI