fbpx

SK Assumption mula dikosongkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SK Assumption yang sunyi selepas pelajarnya dipindahkan ke sekolah terdekat di Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Sekolah Kebangsaan Assumption, Butterworth di sini yang berusia 89 tahun kini sunyi apabila murid darjah satu hingga lima dipindahkan ke sekolah berhampiran semalam.

Kebanyakan murid dipindahkan ke Sekolah Sungai Perai di Butterworth selepas mene­rima surat penempatan ke sekolah baharu minggu lalu dan perlu melapor diri semalam.

Difahamkan murid darjah enam dikekalkan sehingga hari akhir sesi persekolahan minggu ini, manakala Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah turut dibubarkan kelmarin.

Berita berkaitan: ‘Sedih sekolah 90 tahun akan ditutup’

Sementara itu, tinjauan Kos­mo! mendapati petugas dan guru sekolah itu mengemaskan beberapa peralatan dan terdapat sebuah lori dipercayai untuk membawa keluar beberapa barangan ke sekolah lain.

Kelihatan juga sejumlah buku-buku teks yang diletakkan di bawah bangunan sekolah selain beberapa buah kereta dipercayai milik sebahagian guru di dalam kawasan sekolah.

Wakil alumni SK Assumption, Mohd. Aminuddin Baqy Mohd. Noor berkata, ia merupakan minggu terakhir untuk orang ramai, ibu bapa dan alumni berusaha dan membantu mencari jalan untuk meneruskan operasi sekolah tersebut.

Berita berkaitan: KPM mohon tangguh pengosongan bangunan SK Assumption

“Semua pihak tidak akan berputus ada untuk menyelamatkan sekolah yang me­lahirkan ramai golongan berjaya sejak 89 tahun lalu,” jelasnya.

Sebelum ini, akhbar me­laporkan lesen sekolah ber­kenaan akan dibatalkan selepas penutupannya, kerana pemilik tanah persendirian Sri Avenue Sdn. Bhd. telah me­minta tanah dan bangunan tersebut dikembalikan kepada pihak mereka secepat mungkin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI