fbpx

Ratu Elizabeth teruskan tugasan diraja secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permaisuri Britain Elizabeth II tersenyum di Rumah Sandringham di Norfolk, timur England pada 2 Februari lalu. - AFP

LONDON – Ratu Elizabeth II akan meneruskan tugasan dirajanya seperti biasa meskipun disahkan positif Covid-19, lapor akhbar, Daily Mail, kelmarin.

Pemerintah Britain berusia 95 tahun itu yang mengalami gejala ringan virus tersebut dilaporkan akan mengalih semua mesyuarat dan pertemuan secara online sepanjang minggu ini.

Pengesahan ujian positif ke atas Ratu Elizabeth menimbulkan kebimbangan institusi diraja Britain berikutan faktor usia dan keadaan kesihatan semasanya yang kurang memuaskan.

Berita berkaitan: Ratu Elizabeth ll sah positif Covid-19

Pada Oktober tahun lalu, baginda dimasukkan ke hospital akibat penyakit yang dirahsiakan dan membatalkan beberapa acara penting pada bulan berikutnya.

Ini merupakan kali pertama Ratu Elizabeth yang telah menerima suntikan vaksinasi lengkap termasuk dos penggalak mendapat jangkitan Covid-19.

Anakandanya, Putera Charles disahkan positif Covid-19  pada 10 Februari, dua hari selepas bertemu bondanya di Windsor.

Sumber diraja menolak jangkitan diperoleh daripada Charles kerana terdapat beberapa kes Covid-19 yang melibatkan kakitangan di Windsor. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI