fbpx

PRN Johor : 308 polis Melaka digerakkan ke Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid (tiga dari kanan) beramah mesra dengan anggota di Balai Polis Bemban, Melaka, hari ini.

JASIN – Polis kontinjen Melaka menghantar aset 308 pegawai dan anggota ke Johor bagi membantu pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu yang akan berlangsung pada 12 Mac ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, aset sokongan termasuk Light Strike Force (LSF) dan trafik itu akan digerakkan secara berperingkat mengikut keperluan kontinjen Johor.

Jelasnya, pihaknya juga telah bersiap sedia dengan aset simpanan seramai 70 orang sekiranya keadaan memerlukan.

“Kontinjen Melaka memang bantu pasukan Johor sepenuhnya dari segi sumber manusia dan setakat ini seramai 308 pegawai serta anggota telah dihantar ke sana.

“Kita juga bersedia untuk tambah lebih kurang 70 anggota jika diperlukan, kita ada simpanan lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Balai Polis Bemban di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya juga memberi sokongan dengan berkongsi pengalaman penguatkuasaan yang digunapakai dalam pelaksanaan PRN Melaka pada 20 November tahun lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI