fbpx

Premis guna sijil halal tidak sah terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak KPDNHEP dan JHEAINS menyerbu sebuah premis yang diyaki menggunakan sijil halal JAKIM tanpa perakuan yang sah.

SEREMBAN – Tindakan sebuah premis di Taman Industri Ringan di sini yang disyaki menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada produk makanan tanpa mendapat perakuan halal yang sah terbongkar dalam serbuan pagi tadi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, serbuan pada pukul 8.30 pagi itu dijalankan oleh lima pegawai penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan bersama empat pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Tindakan ini adalah hasil daripada pemantauan yang dibuat oleh pihak KPDNHEP Negeri Sembilan dan JHEAINS selama seminggu.

“Hasil daripada siasatan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasa mendapati sijil pengesahan halal bagi produk yang dihasilkan di premis tersebut telah tamat tempoh pada 2016,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ain Arjuna, perniagaan itu dimiliki oleh seorang warganegara tempatan dan telah menjalankan perniagaan sekitar tahun 2013.

“Sehubungan itu, satu tindakan kes telah diambil atas kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Sitaan berjumlah RM50 telah dilakukan membabitkan 33 bungkus mi dan dua gulung plastik pembungkus yang mempunyai logo halal,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI