fbpx

Pandu lorong motosikal 3.5km angkara aplikasi navigasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi lelaki warga emas memandu kereta dalam lorong motosikal sejauh 3.5km di Lebuh Raya Persekutuan.

SHAH ALAM – Angkara terlalu mengikut alat navigasi membuatkan perjalanan seorang lelaki warga emas ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur menjadi haru-biru apabila memandu dalam lorong motosikal sejauh 3.5 kilometer (km) di Lebuh Raya Persekutuan, kelmarin.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 11.06 pagi dengan lelaki berusia 60 tahun itu memandu kereta jenis Volvo.

Aksinya itu kemudiannya tular di laman Twitter menerusi video berdurasi 53 saat yang dirakam penunggang motosikal yang berada di belakangnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, berdasarkan siasatan mendapati lelaki berkenaan dari Tangkak di Johor yang mengikut panduan aplikasi waze telah tersilap susur dan termasuk ke lorong motosikal bermula di kilometer 15.1 lebuh raya itu.

“Pemandu yang pertama kali melalui Lebuh Raya Persekutuan itu terus mengikut panduan ‘waze’ di lorong tersebut dan keluar semula ke jalan utama di kawasan Petaling jaya.

“Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan dengan kenderaan lain dan kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Baharudin kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI