WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah melancarkan misi pembekalan semula ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang membawa bahan-bahan untuk penyelidikan saintifik mengenai kulit manusia, lapor akhbar Daily Star, semalam.
ISS tidak dipengaruhi oleh graviti yang banyak, menjadikannya tempat sesuai untuk penyelidikan berkenaan kulit manusia.
Sebuah kapal angkasa komersil mengembara selama dua hari dengan membawa bahan penting penyelidikan seberat 3,500 kilogram termasuk peralatan dan kargo.
Kulit terjejas dengan banyak jika berada di angkasa lepas. Laporan yang diterbitkan dalam jurnal saintifik Nature mendapati bahawa kulit akan menipis dan merosot jika berada lama di angkasa.
Disebabkan ia serupa dengan kesan kepada kulit manusia ketika usia tua, perjalanan angkasa lepas adalah cara terbaik untuk menguji ubat kulit dalam masa yang cepat.
Selain bahan penyelidikan yang penting, misi berkenan juga akan menyampaikan bekalan penting kepada angkasawan dan juga ISS sendiri.
Ia malah akan membantu mereka membuang sampah. Pada Mei akan datang, ia akan dilancarkan kembali ke atmosfera Bumi dengan membawa lebih daripada seribu kilogram sampah yang akan dimusnahkan bersama-sama kapal angkasa tersebut sepenuhnya.
Kargo tersebut diangkut oleh sebuah firma angkasa lepas dan pertahanan, Northrop Grumman yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dalam misi pembekalan semula komersialnya kali ke-17 ke ISS. – Agensi