fbpx

Luahan Pembaca: Kempen bersemuka jangan jadi punca aktiviti sosial, ekonomi ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBENARAN berkempen rumah ke rumah perlu mengikut SOP ketat bagi mengekang penularan Covid-19. – Gambar hiasan

Saudara pengarang,

Pada 12 Mac ini, Pilihan Raya Negeri Johor akan diadakan dengan lebih 2.5 juta pengundi bakal memilih tampuk kepimpinan negeri ini.

Bermula 26 Februari ini selepas penamaan calon, mereka yang bertanding akan mula berkempen.

Berlainan dengan PRN Melaka, kali ini prosedur operasi standard (SOP) lebih longgar, dan parti yang bertanding dibenarkan berkempen secara fizikal dengan kehadiran 100 orang tidak lebih dua jam.

Kempen secara rumah ke rumah juga dibenarkan, namun sejauh mana perkara ini boleh dipatuhi parti-parti yang bertanding. Itu menjadi persoalan kami sebagai rakyat yang begitu terkesan dengan kes Covid-19 yang melonjak.

Sekali keluar walkabout, pasti berduyun-duyun yang menemani, menyibuk dan menghangatkan suasana. Siapa yang akan pantau golongan-golongan ini?

Kelmarin, sejumlah 28,825 individu disahkan positif Covid-19 dengan lebih 3,000 adalah kanak-kanak berumur bawah 11 tahun.

Di Johor, kadar jangkitan juga semakin memuncak dengan 2,715 orang dilaporkan kelmarin. Penggunaan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri berkenaan juga telah melebihi 50 peratus.

Sudah pasti angka ini sangat membimbangkan dengan varian Delta dan Omicron.

Kepada pemimpin politik, ingatlah anda semua dinilai dari semua aspek, jika langkah penularan ini tidak boleh dipatuhi, bagaimana mahu menjaga kesemua pengundi.

Kita tidak mahu selepas PRN, kes melonjak dan semua terkesan lebih-lebih lagi golongan B40 dan peniaga akibat penutupan ekonomi.

INTAN BAIDURI
Johor Bahru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI