fbpx

Lima lokasi di Dengkil terjejas akibat ribut petang semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang rosak akibat ditimpa pokok selepas ribut melanda beberapa kawasan di Dengkil semalam. - Foto IHSAN ADHIF

DENGKIL – Lima lokasi masing-masing Kampung Dato’ Ahmad Razali, Kampung Dato’ Aminuddin, Desa Timah Langat, Cyber Valley dan Taman Mas Dengkil terjejas akibat ribut petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, sebanyak 18 buah kenderaan dihempap pokok di Cyber Valley malah, beberapa infrastruktur awam termasuk surau, premis perniagaan dan rumah penduduk turut mengalami kerosakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dengkil, Adhif Syan Abdullah berkata, beliau berterima kasih kepada komuniti yang bertindak pantas membantu meringankan beban mereka yang terkesan akibat ribut itu.

“Saya telah menghubungi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (ICU JPM), Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain agensi untuk membantu serta mengenal pasti kerosakan yang berlaku.

“Insya-Allah, saya akan salurkan bantuan sewajarnya. Semoga kita semua sentiasa selamat dan kekal dalam lindungan Tuhan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI