fbpx

Lelaki terjun tangki panik dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lelaki yang berada dalam tangki air itu.

KUALA SELANGOR –  Akibat takut dicekup polis, seorang lelaki nekad terjun ke dalam tangki air di atas rumah keluarganya di Kampung Bukit Cherakah di sini, petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, berdasarkan maklumat awal lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai mempunyai masalah mental itu mengamuk di rumah keluarganya.

“Ahli keluarga kemudian menghubungi polis dan lelaki itu bertindak lari lalu terjun ke dalam tangki air.

“Polis seterusnya terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Tambah beliau, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.12 petang.

Norazam menjelaskan, pihaknya mengambil masa 40 minit bagi mengeluarkan lelaki tersebut sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI