fbpx

Langgar mati pesara, larikan kenderaan pengguna lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanyan (kanan) memeriksa kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua lelaki disyaki melanggar lari seorang pesara dan melarikan kenderaan Nissan Grand Livina di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman semalam.

KEMAMAN – Dua lelaki menaiki kereta Perodua Myvi diburu polis kerana disyaki melanggar lari seorang pesara sehingga mati di Kilometer 269, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran susur masuk Plaza Tol Cheneh di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 tengah hari, mangsa, Zolkafli Ahmad, 57, yang menunggang motosikal jenis Skuter Vmoto 250 meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kedua-dua lelaki tersebut turut nekad melarikan sebuah kenderaan pelbagai guna, Nissan Grand Livina milik seorang saksi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa (Zolkafli) yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kerteh di sini telah dilanggar oleh kereta Perodua Myvi dinaiki dua lelaki berusia 20-an dan 30-an itu.

“Mereka dipercayai terus memecut laju namun terpaksa memberhentikan kereta yang rosak teruk di tepi lebuh raya kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, seorang pemandu Nissan Grand Livina yang saksi kejadian memberhentikan kenderaannya di lokasi Perodua Myvi itu tersadai.

Tambahnya, pengusaha tapak perkhemahan dari Janda Baik, Bentong, Pahang itu meminta bantuan pengguna lebuh raya lain setelah cubaannya untuk menghubungi pihak berkuasa gagal kerana liputan telekomunikasi lemah.

“Salah seorang lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi tiba-tiba nekad melarikan kenderaan Nissan Grand Livina yang masih tidak dimatikan enjinnya.

“Berikutan laporan diterima, kes disiasat mengikutv Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI