JAKARTA – Satu tinjauan yang dilaksanakan Litbang Kompas menunjukkan keyakinan penduduk Indonesia ke atas kepimpinan Presiden Joko Widodo (Jokowi) mencapai 74 peratus, lapor laman berita Kompas, semalam.
Tinjauan yang dibuat pada akhir Januari lalu menunjukkan peningkatan daripada 66.4 peratus ketika ia dilakukan pada Oktober 2021.
Angka ini adalah yang tertinggi pernah dicapai semasa tinjauan serupa yang dijalankan sejak Januari 2015 atau pada awal pentadbiran Jokowi.
Tinjauan telah dijalankan melalui temu bual bersemuka pada 17 hingga 30 Januari ke atas 1,200 responden. Tahap keyakinan adalah 95 peratus dengan margin ralat sebanyak 2.8 peratus.
Berdasarkan tinjauan terbaru, keyakinan masyarakat meningkat dalam empat bidang iaitu politik dan keselamatan (peningkatan 6.8 peratus), penguatkuasaan undang-undang (5.3 peratus), ekonomi (6.1 peratus), dan kebajikan sosial (9.7 peratus).
Keyakinan tertinggi adalah dalam bidang kebajikan masyarakat (78.3 peratus) manakal politik dan undang-undang (77.6) peratus.
“Presiden dan Timbalan Presiden, Ma’ruf Amin ingin memanfaatkan baki waktu hingga Oktober 2024 untuk tidak berhenti bekerja bagi berkhidmat kepada rakyat Indonesia,” kata Timbalan Kakitangan Pejabat Presiden, Juri Ardiantoro. – Agensi