fbpx

Kebun kelapa sawit jadi lokasi penagih diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAGIH dadah yang ditahan dalam Ops Sarang Khas di kebun kelapa sawit di sekitar Beruas semalam.

BERUAS – Keseronokan 15 penagih tidak ke mana apabila lokasi kegemaran mereka di kawasan kebun kelapa sawit di sini diserbu polis dalam Ops Sarang Khas dan Op Cegah Jenayah semalam.

Dalam operasi bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang itu, polis merampas dadah jenis heroin seberat 317.60 gram (g), syabu (20.22g) dan dua biji pil eramin 5 serta peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, saringan mendapati semua lelaki tersebut yang berusia antara 21 hingga 61 tahun positif dadah jenis morfin.

“Dua orang berusia 38 tahun disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 iaitu pengedar dadah di lokasi tersebut manakala seorang lagi adalah pembekal dadah kepada pengedar berkenaan.

“Seorang lelaki pula disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan seramai 12 orang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Nor Omar, kawasan kebun sawit itu telah menjadi ‘port’ penagih dadah khususnya di sekitar Beruas sejak kira-kira tiga minggu lalu.

Jelasnya, modus operandi mereka ialah seorang penagih akan membuat tinjauan dahulu sebelum memberi isyarat sekiranya tiada gangguan pihak berkuasa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI