fbpx

Kaji gaji minimum selaras Akta 732

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan.

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang melakukan semakan dan kajian semula kadar bayaran gaji minimum selaras dengan Akta Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, walaupun semakan kasar terhadap gaji minimum ini belum diputuskan dan dimuktamadkan kerajaan, terdapat majikan yang telah mula membayar gaji minimum pada kadar RM1,500.

“Pada masa ini, kadar gaji minimum di Malaysia adalah sebanyak RM1,200 sebulan di kawasan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran.

“Bagi kawasan lain kadar gaji minimum adalah sebanyak RM1,100 yang telah berkuat kuasa sejak 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, pihaknya menghargai AEON Co. (M) Bhd dan Westports Holdings yang telah menawarkan gaji pada kadar RM1,500 kepada para pekerja mereka.

“Kedua-dua majikan ini telah menunjukkan contoh yang baik di mana mereka prihatin dengan permasalahan pekerja walaupun dengan keadaan ekonomi yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Atas sikap yang ditunjukkandua majikan itu, saya ingin menyeru kepada majikan lain agar mengambil contoh pendekatan sama dan berusaha menawarkan gaji pekerja pada kadar yang melebihi gaji minimum sedia ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI