fbpx

Inzaghi berang Inter tewas mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ (kiri) terus kemarau jaringan dalam lapan perlawanan berturut-turut termasuk ketika Inter tewas memalukan kepada Sassuolo awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Juara bertahan, Inter Milan mensia-siakan peluang untuk kembali berada di puncak Serie A apabila tewas mengejut 0-2 kepada Sassuolo di San Siro awal pagi semalam.

Ketua jurulatih Inter, Simone Inzaghi bengang dengan corak permainan dipamerkan anak-anak buahnya yang melepaskan gol awal kepada penyerang Sassuolo, Giacomo Raspadori pada minit kelapan.

The Nerazzurri terpaksa akur tewas dalam aksi itu apabila Sassuolo meledak gol kedua menerusi Gianluca Scamacca pada minit ke-26 untuk merekodkan kekalahan kedua berturut-turut.

“Saya sangat marah dengan cara pemain beraksi kerana kami ada tempoh masa panjang untuk mempersiapkan diri menentang Sassuolo yang sebelum ini pernah menewaskan Juventus dan (AC) Milan.

“Kami cuba bangkit dalam babak kedua dengan mencipta beberapa peluang tetapi malangnya ia masih gagal untuk menghasilkan jaringan.

“Sekarang masih ada 13 perlawanan lagi. Jika kami teruskan aksi seperti hari ini (awal pagi semalam), kami tidak mungkin mampu mempertahankan gela­ran Scudetto,” kata Inzaghi.

Kekalahan itu menyaksikan Inter kini kekal di tangga kedua Serie A, dua mata di belakang pendahulu liga, Milan yang turut dikejutkan dengan keputusan seri 2-2 oleh Salernitana kelmarin.

Penyerang prolifik Inter, Lautaro Martinez kini gagal meledak gol dalam lapan perlawanan berturut-turut sejak kali terakhir melakukannya ketika menewaskan Juventus 2-1 pada aksi Piala Super Itali bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI