fbpx

“Hari ke-6 baru positif Covid-19”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar keputusan ujian RTK yang dilakukan oleh @wawa_awla.

PETALING JAYA – Angka harian Covid-19 yang merekodkan paras 5 angka sejak kebelakangan ini mengundang kebimbangan orang ramai.

Pengambilan dos penggalak, melakukan ujian kendiri merupakan langkah-langkah atau tindakan proaktif yang dilakukan bagi mencegah penularann wabak Covid-19 di kalangan masyarakat.

Menerusi perkongsian @wawa_awla yang tular di Twitter, dia memaklumkan dirinya positif Covid-19 setelah 5 hari kuarantin dan tujuh ujian kendiri.

“Saya merupakan kontak rapat baru-baru ini, sebanyak enam ujian saliva (air liuar) dan satu kit ujian pantas (RTK) antigen semuanya menunjukkan keputusan negatif.

“Namun, enam hari kemudian, buat lagi sekali RTK dan hari ini (semalam) keputusannya adalah positif. Pentingnya kuarantin dan jangan cepat percaya keputusan lima hari pertama. Kuarantin,” ciapnya.

Rata-rata pengguna media sosial juga turut berkongsi pengalaman yang sama dilalui mereka.

“Sehari selepas kakak ipar disahkan positif, saya terus ada simptom sakit tekak.

“Saya lakukan test kit sendiri dan keputusannya negatif. Lima hari kemudian buat RTK positif,” kata @Roseane___

“Sama juga saya, tiga kali buat ujian air liur semua negatif, hari ke lima buat RTK positif. dua klai dalam tempoph dua tahun.

“Cuma kali ini simptom sedikit ringan berbanding masa pertama kali dijangkiti Covid-19. Jadi ambil dos penggalak ya geng,” ujar @Naddsaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI