fbpx

Bukti United masih bersatu – Rangnick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELANGA (kiri) dan Fred masing-masing berjaya meledak dua gol untuk menjamin kemenangan United ketika menewaskan Leeds 4-2 kelmarin. – AFP

LEEDS – Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick mengakui kejayaan pasukannya menewaskan Leeds United 4-2 kelmarin adalah jawapan terbaik kepada spekulasi yang mengatakan bilik persalinan mereka berantakan.

Perlawanan itu menyaksikan United berjaya mendahului perlawanan selepas meraih dua gol pada separuh masa pertama menerusi jaringan Harry Maguire dan Bruno Fernandes.

Bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan dua gol pe­nyamaan dalam tempoh dua minit apabila Rodrigo Moreno meledak gol pertama sebelum Raphinha menjaringkan gol pe­nyamaan.

Situasi berkenaan memaksa Rangnick membuat pertukaran dengan memasukkan Fred dan Anthony Elanga yang membuahkan hasil apabila kedua-dua mereka berjaya meledak dua gol untuk United meraih kemena­ngan.

“Kami tahu bahawa kemenangan hari ini adalah sangat penting. Ia seakan sama dengan situasi yang kami hadapi ketika menentang West Ham United.

“Ia adalah sangat emosi apabila kami kemudiannya berjaya mendapatkan dua lagi gol biarpun situasinya agak kurang baik selepas lawan berjaya menjaringkan gol penyamaan.

“Apa yang berlaku pada perlawanan ini sangat menakjubkan bukan kerana hanya memenangi perlawanan tetapi bagaimana kami memberikan reaksi selepas mereka menjaringkan gol pe­nyamaan.

“Ia juga adalah jawapan terbaik yang diberikan pasukan ini ekoran spekulasi yang bertebaran kebelakangan ini. Kami membuktikan kematangan dan pasukan ini masih utuh bersatu untuk mengharungi baki musim ini,” kata Rangnick. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI