MUNGKIN niat asal penyanyi Younghoon sekadar untuk bergurau dengan peminat, namun perbuatan tersebut akhirnya memakan diri.
Semuanya bermula selepas dia memberi nombor telefon palsu kepada peminat dan tanpa diduga, nombor berkenaan sememangnya wujud dan digunakan seorang individu tidak dikenali.
Tampil mengakui perbuatannya, Younghoon dalam satu kenyataan menjelaskan, dia menjadi cuai gara-gara terlampau selesa berbual secara terbuka bersama peminatnya dalam aplikasi Universe.
“Saya menyedari nombor yang dikongsikan kepada peminat merupakan tarikh debut kumpulan saya, the Boyz tetapi nombor tersebut betul-betul wujud.
“Saya minta maaf dan berharap peminat faham serta bekerjasama supaya tiada lagi gangguan berlaku (terhadap pemilik nombor telefon berkenaan),” ujarnya.
Jelas menyesali atas apa yang berlaku, penyanyi itu berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berkomunikasi selepas ini.