fbpx

Berhabis RM14,000 demi manjakan kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Almari pakaian milik kedua-dua kucing itu kini mempunyai lebih 150 helai pakaian dan 200 reben kepala berwarna-warni. - @lily_and_kaly_cats / MERCURY PRES

KOCEVJE, SLOVENIA – Seorang wanita di Slovenia sanggup berhabis sehingga £2,500 (RM14,246) bagi membeli sebuah almari pakaian berwarna merah jambu, khusus untuk kegunaan dua ekor kucing peliharaannya, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin.

Andreja Vrscaj, 34, merias kucing Parsi miliknya yang dinamakan sebagai Lily dan Kaly, bagi menjadikan kedua-dua haiwan itu kelihatan hebat.

Almari pakaian milik kedua-dua kucing itu kini mempunyai lebih 150 helai pakaian dan 200 reben kepala berwarna-warni.

“Lily dan Kaly adalah puteri-puteri saya, jadi ia perlu dilayan seperti golongan diraja.

“Setiap kali saya membeli pakaian untuk anak, saya pasti akan mendapatkan sesuatu untuk haiwan-haiwan itu juga. Ia amat suka memakai pakaian dan kelihatan sangat comel,” kata Vrscaj.

Tambah Vrscaj, keluarganya memelihara Lily terlebih dahulu ketika ia ditemui dalam keadaan yang menyedihkan, di mana matanya bengkak dan tidak dapat dibuka. – AGENSI 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI