fbpx

Aurel, Atta timang anak pertama, Krisdayanti jadi nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELUARGA Anang dan bekas isterinya, KD memyambut kehadiran cucu pertama apabila Aurel selamat bersalin semalam.

PETALING JAYA – Pasangan pesohor media sosial Indonesia Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah selamat menimang cahaya mata perempuan pertama mereka semalam.

Khabar gembira yang dinanti-nanti ramai itu dikongsi Atta dalam satu hantaran Instagramnya dengan menunjukkan dia memegang tangan comel bayi sulungnya itu.

“22 Februari 2022. Malaikat hidupku,” katanya ringkas dalam hantaran tersebut tanpa berkongsi nama anak mereka.

Sebelum itu, Atta dan juga Aurel turut berkongsi beberapa keping gambar momen sebelum kelahiran anak pertama mereka.

Beberapa jam sebelum bayi mereka dilahirkan, Atta yang merupakan antara YouTuber terkaya di Indonesia itu berkongsi bilik tidur anak perempuannya yang sudah siap dihias indah dengan tema berwarna merah jambu.

Penyanyi terkenal, Anang yang juga bapa kepada Aurel turut memuat naik sekeping foto mendukung cucu sulungnya.

“Seronoknya dapat mendukung cucu pertamaku,” tulisnya.

Dalam foto tersebut turut kelihatan Ashanty dan bekas isteri yang juga penyanyi popular, Krisdayanti serta anak lelakinya, Azriel Hermansyah.

Untuk rekod, Aurel dan Atta mendirikan rumah tangga pada 3 April tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI