fbpx

Aksi Leeds jadi keutamaan Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP

LIVERPOOL – Sekali pun bakal berdepan tugas lebih penting pada final Piala Liga Inggeris (EFL) di Wembley, Liverpool tidak sesekali akan menggadaikan aksi dengan Leeds United di Anfield, awal pagi Khamis ini.

Pertemuan dengan Chelsea di Wembley awal pagi Isnin ini membuka peluang buat The Reds untuk menjulang trofi domestik sulungnya dalam tempoh enam tahun selepas kecewa pada final musim 2015/16.

Meskipun menewaskan Leeds tidak menjulang sebarang trofi, namun keputusan tersebut sangat diharapkan oleh pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang menyifatkan pertemuan itu lebih besar bagi terus mengejar pendahulu liga, Manchester City dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kekalahan 2-3 City kepada Tottenham Hotspurs nyata tidak dijangka dan ia membuka ruang buat The Reds memberi asakan kepada skuad Pep Guardiola.

Walaupun kemenangan ke atas Leeds United tidak akan membolehkan The Reds me­mintas The Citizens, namun ia bakal me­nyajikan detik menarik dalam pemburuan kejuaraan sehingga penghujung musim ini.

“Kami sedang menikmati ­situasi sekarang. Kami tidak pernah melaluinya sebelum ini iaitu terbabit dalam semua empat pertandingan.

“Semoga ia dapat berterusan dan beri kami lebih banyak perlawanan.

“Ia menjadi perkara yang kami cukup suka, namun bukan sesuatu yang mudah dan sebab itu kami menukar tujuh pemain ketika menentang Norwich City. Saya fikir pemain akan dengar jika saya mengatakan perlawanan selepas ini adalah aksi yang lebih pen­ting,” kata Klopp.

City yang sudah pun bermain 26 perlawanan tetap unggul di puncak liga dengan 63 mata, dipisahkan enam mata berbanding Liverpool yang masih kurang satu perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI