fbpx

Adegan lucu suami kena ‘prank’ dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan sebahagian daripada ahli keluarga yang mengenakan pakaian yang sama ibarat boria.

PETALING JAYA – Masa bersama keluarga pastinya akan memahat memori terindah yang akan tersemat di hati setiap insan sampai bila-bila.

Begitulah adegan sebuah keluarga yang tular di media sosial apabila mengenakan pakaian yang sama semasa sedang dalam perjalan percutian ke Pulau Langkawi.

Menerusi perkongsian video berdurasi seminit tiga saat oleh @BenzZahid di Twitter berkata, dia disuruh oleh isterinya untuk memakai baju yang dibeli oleh isterinya bagi percutian itu.

Namun, menurut @BenzZahid, tanpa pengetahuannya, perkara itu sudah dirancang oleh isterinya untuk memaksa beliau mengenakan pakaian yang sama seperti beberapa ahli keluarganya yang juga turut terkejut tentang perkara itu.

“Kalau tiba-tiba isteri korang beriya belikan baju, kemudian suruh pakai masa nak pergi bercuti dengan keluarga, hati-hati.

“Itu mungkin perangkap, aku biras-biras serta bapa mertua baru je jadi mangsa,” ciapnya.

Adegan lucu itu turut mendapat perhatian orang ramai di media sosial.

“Senang cari ahli rombongan kalau tersesat hahaha,” kata @kny_mie.

“Bagaimana kebahagiaan dapat dilihat,” jelas @hazhmh.

Sementara itu, @Juu_Jamal turut meningggalkan komen.

“Kelakar tetapi comel ya kejadian macam ini,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI