fbpx

5 kali RTK negatif, buat PCR terus positif – Achey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACHEY

PETALING JAYA – Pelawak dan penyanyi Achey mengesahkan dirinya dijangkiti virus Covid-19 varian Omicron.

Perkara tersebut dikongsikan Achey menerusi hantaran dalam Instagramnya.

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, kesihatannya mula merosot sejak dua hari lalu sebelum bertindak melakukan ujian saringan kesihatan (RTK) sebanyak lima kali namun hasilnya tetap negatif.

“Assalamualaikum ramai tanya, ramai mendoakan, tapi saya memang tak larat dua hari lepas, hari ini semakin baik.

“Terima kasih dan maaf jika saya menyusahkan ramai orang termasuk kerja-kerja yang dah dikunci tarikhnya.

“Lima kali test RTK negatif, sekali buat PCR di klinik terus positif. Buat PCR sebab dah ada simptom dan demam melamlau,” katanya.

Pada hantaran sama, pelantun lagu Sakit itu menarik nafas lega apabila isteri dan anaknya disahkan negatif selepas membuat ujian PCR.

“Entahlah macam-macam sekarang. Reda dan ikhtiar saja. Bismillah, tiara dan @anne_achey, alhamdulillah tak ada simptom dan negatif.

“Kepada yang rasa-rasa ada jumpa dengan saya tu dah boleh check (periksa) juga ya. Maaf saya susahkan semua orang,” katanya yang kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selama seminggu hingga Sabtu nanti.

Terdahulu, pada Ogos tahun lalu, tiga ahli keluarga Achey termasuk ibunya turut dijangkiti wabak tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI