fbpx

40 peniaga menang Anugerah Pilihan Pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosliza (dua dari kiri) bersama Yeo (kiri) pada majlis penyampaian anugerah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 40 peniaga tempatan telah memenangi Anugerah Pilihan Pengguna Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPNpro) sebagai menghargai usaha mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna dan masyarakat.

Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Rosliza Mahidi berkata, anugerah ter­sebut adalah inisiatif MTPN untuk mengenal pasti dan mendidik peniaga tentang kepentingan kerjasama yang terjalin antara peniaga dengan pengguna.

“Program berprestij ini dapat menggalakkan kecemerla­ngan perniagaan di negara dan ia juga dapat membantu peniaga tempatan mendapatkan pengiktirafan istimewa yang menjadi standard kepercayaan pengguna.

“Calon penerima anugerah ini pastinya telah melalui pro­ses pentaksiran dan penilaian kualiti yang dijalankan oleh MTPN,” katanya.

Beliau berkata demikan ke­tika berucap pada majlis pe­nyampaian Anugerah Pilihan MTPN di Pusat Konvensyen HGH di sini baru-baru ini

Turut hadir ialah Presiden Kebangsaan MTPN, Datuk Dr. Kevy KV Yeo dan Naib Presiden Kebangsaan MTPN, Dr. David Ng Kung Wei.

Rosliza menerangkan, kerajaan mengalu-alukan usaha murni yang dilakukan majlis tindakan tersebut sebagai usaha meningkatkan tahap ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.

“Saya berharap peniaga dapat meningkatkan daya saing dan keyakinan pelanggan, sekali gus akan meng­angkat tahap sosio ekonomi negara ke tahap yang lebih unggul,” ujarnya.

Antara pemenang anugerah tersebut ialah Phyto Science Sdn. Bhd., SNE Marketing Sdn. Bhd. dan Plazaku Sdn. Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI